VISI, MISI & OBJEKTIF
SASARAN MASA DEPAN PERSATUAN
SASARAN MASA DEPAN PERSATUAN
PJRM SENTIASA MEMBUKA PELUANG DAN BERHARAP AGAR SUKAN REKREASI LUAR DI MALAYSIA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN YANG TINGGI. KERJASAMA DARI AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NGO YANG BERGIAT AKTIF DI DALAM BIDANG INI AMATLAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT SAMA-SAMA MENAIKKAN BIDANG REKREASI INI KEPADA SATU TAHAP TINGGI DAN MEMBANGGAKAN.
VISI
Menjadikan Bidang Rekreasi Luar satu bidang yang berkembang maju dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
MISI
Bertindak sebagai badan pengelola di peringkat kebangsaan bagi Jurulatih Rekreasi Luar yang ditauliahkan oleh Kementerian Belia & Sukan
Membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus kejurulatihan sukan Rekreasi Luar di Malaysia;
Mentafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukkan oleh badan sukan ini di peringkat antarabangsa;
Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang kejurulatihan sukan Rekreasi Luar di kalangan ahli yang terbabit;
Mengendalikan kursus, latihan, pembangunan, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;
Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah Bengkel dan konferens berkaitan kejurulatihan sukan Rekreasi Luar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
OBJEKTIF
Merancang dan membangunkan sistem kejurulatihan Rekreasi Luar di Malaysia;
Membangun, menggalak dan mempromosi sukan dan kejurulatihan Rekreasi Luar di seluruh negara;
Mewakili Malaysia dalam badan antarabangsa yang diiktiraf bagi mewakili jurulatih Rekreasi Luar;
Bergabung dengan badan pengelola antarabangsa;
Menggalakkan pembangunan Rekreasi Luar di peringkat akar umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan peringkat negeri.