PERKHIDMATAN PJRM
PRODUK PERSATUAN JURULATIH PJRM
PRODUK PERSATUAN JURULATIH PJRM
LAMAN INI MENERANGKAN BERKENAAN PERKHIDMATAN KURSUS-KURSUS YANG DISEDIAKAN BERKAITAN KEJURULATIHAN REKREASI LUAR
Kursus ini merupakan satu kursus pengurusan program di air yang melibatkan aspek keselamatan dan pengendalian program di air. Peserta akan didedahkan dengan semua bentuk permukaan air seperti di laut, tasik, sungai sehingga ke kolam renang serta kaedah menyelamat di air sehingga keselamatan di darat. Kursus ini dijalankan selama 6 hari 5 malam dan peserta Outrec 2 yang lulus sahaja layak ke kursus ini dan selainnya adalah peserta dari agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung di dalam tugasan menyelamat di air. Kursus ini juga akan dikendalikan oleh agensi penyelamat yang bertauliah.
Kursus ini disasarkan kepada murid sekolah rendah tahun 5 dan tahun 6. Ia merupakan kursus awalan yang memberikan pendedahan kepada murid mengenai kepimpinan, disiplin, keselamatan dan asas rekreasi. Pendedahan awalan ini dapat memupuk minat generasi muda di dalam bidang rekreasi dan kursus ini juga menggunakan Teknik pembelajaran dan pengajaran kemahiran berfikiran aras tinggi yang mudah difahami oleh golongan generasi ini. Kursus selama 3 hari dan 2 malam ini akan dijalankan mulai pertengahan cuti sekolah pada tahun 2021 setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus ini disasarkan kepada murid sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kursus ini memfokuskan kepada nilai kepimpinan dan kecintaan kepada alam semulajadi. Peserta juga akan didedahkan dengan beberapa aktiviti seperti perkhemahan, memasak, mengembara, keselamatan dan permainan di dalam kumpulan. Kursus selama 6 hari dan 5 malam ini akan dijalankan mulai bulan Februari tahun 2021 setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
PJRM seringkali menganjurkan acara sukan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Ahli PJRM juga sering didedahkan dengan penganjuran pelbagai acara rekreasi ekstrem sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antararbangsa. PJRM juga sering menjadi pakar rujuk di dalam apa juga bentuk penganjuran acara sukan dan rekreasi.
PJRM seringkali menganjurkan acara sukan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Ahli PJRM juga sering didedahkan dengan penganjuran pelbagai acara rekreasi ekstrem sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antararbangsa. PJRM juga sering menjadi pakar rujuk di dalam apa juga bentuk penganjuran acara sukan dan rekreasi.
Pembabitan golongan wanita di dalam aktiviti rekreasi sebagai pengisian masa lapang adalah tinggi berbanding lelaki tetapi pembabitan jurulatih wanita secara langsung di dalam bidang kejurulatihan adalah amat rendah. PJRM telah mengambil langkah proaktif sejak penubuhan persatuan dengan menggalakkan banyak penyertaan dari peserta wanita untuk kursus-kursus rekreasi yang ditawarkan. PJRM juga akan mengadakan road show untuk menarik minat golongan wanita untuk menyertai kursus kejurulatihan yang ditawarkan serta memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai aktiviti dan peluang yang disediakan. Golongan terpencil seperti ibu tunggal dan OKU juga tidak ketinggalan di dalam konteks ini. Mereka juga mempunyai peluang yang sama. Melalui pendedahan dan pendekatan yang berkesan, mereka pasti dapat menyerlahkan bakat dan peluang yang ada.