PERINTAH TETAP
PERINTAH TETAP JURULATIH REKREASI LUAR KEBANGSAAN
PERINTAH TETAP JURULATIH REKREASI LUAR KEBANGSAAN
PERINTAH TETAP MERUPAKAN SATU PERINTAH ATAU MEMERINTAH SESEORANG UNTUK MELAKUKAN SESUATU SESUAI APA YANG DIINGINKAN. SETIAP JURULATIH JUGA TERIKAT DENGAN PERINTAH TETAP YANG TELAH DIMAKTUBKAN DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSATUAN. INI ADALAH UNTUK MENJAGA TATATERTIB DAN SAHSIAH JURULATIH AGAR SENTIASA BERSIKAP PROFESSIONAL DAN BERTANGGUNGJAWAB DI DALAM MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERIKAN. PJRM SENTIASA KOMITED DI DALAM MEMASTIKAN SETIAP JURULATIH MEMATUHI PERINTAH TETAP YANG TELAH DIGAZETKAN DEMI MENJAGA NAMA BAIK PERSATUAN DAN JUGA KESELAMATAN PESERTA. PERINTAH TETAP INI JUGA MEMASTIKAN JURULATIH DI DALAM LANDASAN YANG BETUL KETIKA MENJALANKAN AKTIVITI DAN MENGEKALKAN TAHAP PROFESIONALISME YANG TINGGI DI DALAM APA JUA AKTIVITI YANG DILAKUKAN.
PERINTAH TETAP JURULATIH REKREASI LUAR
PENDAHULUAN
a) Perintah Tetap ini wajib dipatuhi oleh setiap Kem Komandan, Ketua Jurulatih, Jurulatih atau Pembantu Jurulatih pada setiap masa sepanjang tempoh
mereka melaksanakan Aktiviti, Program atau Kursus Anjuran KBS, JBS, PJRM dan mana-mana Penganjur
b) Perintah Tetap dan arahan-arahan tambahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh KBS, JBS,PJRM dan penganjur juga wajib dipatuhi oleh setiap
Kem Komandan, Ketua Jurulatih, Jurulatih atau Pembantu Jurulatih di sepanjang tempoh program
c) Perintah Tetap ini juga digunapakai semasa berada disemua tempat latihan dan juga semasa aktiviti luar yang termasuk dalam kurikulum yang dianjurkan.
PELANTIKAN SEBAGAI SEORANG JURULATIH
a) Setiap Jurulatih Rekreasi Luar yang bertauliah yang dilantik oleh mana-mana pihak penganjur termasuk KBS, JBS, PJRM atau Penganjur Luar akan
dilantik berdasarkan kelayakan individu tersebut dan yang terpilih untuk menjadi seorang Kem Komandan, Ketua Kurulatih, Jurulatih atau Pembantu
Jurulatih Rekreasi Luar akan diberikan satu Notis. Notis Pelantikan tersebut akan menyatakan Jenis Tugas, Tempat Bertugas dan Tempoh Tugas
samada sebagai Kem Komandan, Ketua Jurulatih, Jurulatih atau Pembantu Jurulatih Rekreasi Luar.
b) Sekiranya Program dibawah kelolaan KBS, JBSN, PBSD akan juga dimaklumkan kepada majikan (jika ada) tentang Notis Pelantikan tersebut dan
memohon pelepasan dari pihak majikan sekiranya jurulatih yang dilantik tersebut memerlukan CTR / surat pelepasan majikan
c) Seseorang yang menerima Notis Pelantikan tetapi tidak diberikan sebarang tugas atau ditamatkan tugas sebelum tamat tarikh pelantikan hendaklah
kembali ke pekerjaan asal (jika bekerja) dan memaklumkan perkara ini kepada majikan mereka.
PANGGILAN KEPADA JURULATIH DAN PELATIH
a) Setiap Jurulatih hendaklah memanggil peserta mereka sebagai Pelatih bagi outrec 1 & 2 serta “CIKGU” Bagi Outrec 3
b) Setiap Ketua Jurulatih / Jurulatih membahasakan dirinya sebagai ‘Cikgu’ @ Sir. Penggunaan istilah selain dari yang dinyatakan di sini adalah tidak
dibenarkan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JURULATIH ATAU JURULATIH
a) Memahami konsep, falsafah, objektif, organisasi, modul dan pelaksanaan sebarang Kursus, program atau aktiviti.
b) Menentukan semua pelajaran bagi setiap modul dilaksanakan mengikut sukatan matapelajaran dan jadual waktu yang telah disediakan oleh KBS dan
PJRM.
c) Ketua Jurulatih atau Jurulatih wajib mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh KBS, JBS dan PJRM, di sepanjang program berlangsung.
d) Ketua Jurulatih atau Jurulatih digalakkan berurusan dengan Urusetia melalui Ketua Jurulatih masing-masing supaya lebih cekap dan berkesan.
e) Ketua Jurulatih atau Jurulatih memakai tanda nama masing masing semasa bertugas dimana-mana lapangan or tempat aktiviti dilaksanakan.
f) Ketua Jurulatih atau Jurulatih diwajibkan berada di tempat latihan yang ditetapkan sepanjang latihan dijalankan
g) Ketua Jurulatih atau Jurulatih tidak dibenarkan keluar dari tempat latihan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penyelaras Program atau Kem
Komandan.
h) Ketua Jurulatih atau Jurulatih yang tidak diberikan tugas rasmi atau ditamatkan tugasan hendaklah melaporkan diri kepada majikan (jika ada) masing-
masing walaupun mempunyai Notis Pelantikan yang masih sah
ETIKA SETIAP JURULATIH
a) Setiap Jurulatih hendaklah sentiasa memelihara akhlak, tatatertib dan adap sopan yang baik semasa membuat urusan harian dengan semua peringkat
individu yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung. Individu yang dimaksudkan ini adalah staf KBS, JBS, PJRM, penganjur, Agensi-Agensi
Kerajaan, Jurulatih -jurulatih, Penceramah, Staf Pengurusan kem, Pelatih , keluarga pelatih ,masyarakat setempat, pelawat-pelawat atau sesiapa jua di
sepanjang program berjalan samada dalam kem latihan atau semasa latihan di luar .
b) Setiap Jurulatih hendaklah sentiasa memelihara sensitiviti bangsa atau kaum lain dengan menghormati amalan dan kepercayaan agama, adat resam atau
budaya hidup mereka.
c) Setiap Jurulatih hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni samada di dalam atau di luar kem dan saling hormat menghormati antara satu sama lain
dengan semua peringkat individu yang terlibat di dalam program latihan.
d) Seorang Jurulatih yang baik mempunyai sifat-sifat yang berikut:
Berpengetahuan. Seorang Jurulatih hendaklah mempunyai pengetahuan yang lengkap dan kemaskini mengenai perkara yang akan diajar. Beliau juga hendaklah mengetahui tentang isu-isu dan kejadian semasa
Mengetahui Teknik Mengajar. Jurulatih hendaklah menggunakan prinsip, kaedah serta teknik pengajaran yang berkesan;
Bersikap Positif dan Mempamerkan Kebolehan Mengajar. Seorang Jurulatih perlu bersikap positif dan sentiasa mempamerkan kebolehan mengajar yang baik dengan mewujudkan suasana harmoni;
Sifat Kepimpinan. Jurulatih perlu menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi dan sentiasa memupuk sifat menghargai kebolehan dan kelebihan Pelatih.
Bersikap Profesional. Setiap Jurulatih mesti menunjukkan sikap profesional sepanjang sesuatu program dilaksanakan dan menjaga nama baik
Mengambil kira masalah kemanusiaan.Disamping membuat kerja seperti yang ditetapkan, Jurulatih perlu mahir dalam membuat keputusan tentang masalah-masalah kemanusian Pelatih dan Jurulatih.
Menambah Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran. Jurulatih sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan melakukan berbagai usaha untuk memperbaiki kebolehan mengajarnya.
Berlaku Adil. Jurulatih hendaklah berlaku adil kepada semua Pelatih.
Semua perilaku, sahsiah diri serta cara pertuturan dari Jurulatih akan meninggalkan kesan kepada Pelatih. Semua ini akan mempengaruhi mentaliti, psikologi serta moral Pelatih. Oleh itu, seseorang Jurulatih itu Perlu menjaga tingkahlaku serta gaya dan cara pertuturan terhadap Pelatih serta orang lain juga untuk memberi kesan positif kepada Pelatih
Hubungan Jurulatih dan Pelatih. Jurulatih harus menunjukkan sifat yang betul kepada pelatih. Jurulatih yang dihormati ialah Jurulatih yang menunjukkan minat, tegas dan mudah dihubungi serta jujur melaksanakan tugasnya
Masalah Disiplin Jurulatih. Sekiranya terdapat masalah disiplin di kalangan Jurulatih, maka pelapor hendaklah memajukan laporan bertulis kepada PJRM untuk tindakan selanjutnya.
PENGLIBATAN DALAM SEMUA MODUL
a) Setiap Jurulatih mesti menjalankan tugas yang ditetapkan kepadanya dalam sebarang kursus, program, aktiviti yang dirancangkan.
b) Setiap Jurulatih yang gagal menjalankan tugas, tidak menghadiri dan menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan boleh dikenakan tindakan disiplin.
c) Mana-mana Jurulatih yang mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menjejaskan penglibatannya dalam program ini hendaklah memaklumkan
kepada Ketua Jurulatih dengan segera.
d) Setiap Jurulatih mestilah berada di tempat atau lokasi latihan sekurang-kurangnya15 minit sebelum latihan bermula.
e) Setiap Jurulatih mestilah mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua Jurulatihnya.
f) Semua aktiviti latihan terutamanya latihan kemahiran dan yang melibatkan aktiviti fizikal dijalankan adalah dibawah pengawasan Ketua Jurulatih termasuk
Jurulatih pakar dan jurulatih
PERKARA LARANGAN BAGI JURULATIH
a) Setiap Ketua Jurulatih / Jurulatih pada bila-bila masa adalah dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut :
Menjalankan tugas tanpa mendapat Notis Perlantikan Jurulatih
Melakukan apa-apa tindakan yang dianggap salah dari segi Undang-undang Negara, peraturan masyarakat dan agama.
Memakai subang, bertindik dan lain-lain yang seumpamanya untuk Jurulatih Lelaki.
Menghisap rokok di kawasan yang tidak dibenarkan di sepanjang program dijalankan.
Mengadakan perhimpunan yang tidak relevan dengan latihan tanpa mendapat kebenaran Penyelaras/ Penganjur /Kem Komandan / Ketua Jurulatih.
Membawa, menyimpan dan mengguna sebarang senjata tajam atau senjata yang merbahaya selain dari yang dibenarkan untuk latihan.
Mengambil, mengguna, membawa, menyimpan atau mengedar sebarang jenis dadah yang dilarang, minuman keras dan bahan lucah.
Mengambil bahagian dalam semua jenis bentuk judi atau pertaruhan pada bila-bila masa.
Berada di kawasan penempatan Jurulatih atau Pelatih dari jantina yang berlainan contoh: Jurulatih Lelaki tidak dibenarkan di kawasan Jurulatih atau Pelatih Wanita dan sebaliknya), kecuali setelah mendapat kebenaran pihak atasan kem dengan pengawasan jurulatih / urusetia wanita.
Menyambung pendawaian elektrik tanpa kebenaran pengurusan kem.
Melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda, kemudahan awam, alam semulajadi dan lain-lain.
Berada di tempat lain selain dari tempat tidur sendiri apabila arahan lampu dipadam dikuatkuasakan, kecuali setelah mendapat kebenaran pihak pengurusan kem.
Memberikan maklumat mengenai aktiviti latihan kepada media massa atau orang luar tanpa kebenaran pihak KBS / JBS / PJRM / Penganjur atau pihak pengurusan kem.
Membawa keluar pelatih / Jurulatih wanita dari kawasan kem tanpa kebenaran Komandan Kem / Penyelaras.
Menyentuh secara fizikal, atau menggunakan ayat yang berbau lucah dan kasar kepada orang lain lebih-lebih lagi Pelatih. Menyentuh secara fizikal adalah kesalahan Mencabul Kehormatan Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan menggunakan perkataan lucah adalah kesalahan Mengaibkan Wanita Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Tidak dibenarkan membuat. sebarang kutipan wang daripada pelatih. Semua kutipan perlu mendapat kebenaran KBS / JBS / PJRM / Penganjur dan Kem Komandan terlebih dahulu.
Mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada pelatih dan juga Mendera Pelatih.
Mempergunakan pelatih untuk membuat kerja luar bidang tugas mereka seperti mencuci pakaian, kasut dan kereta jurulatih;
Membantu (sponsor) seorang pelatih untuk ditonjolkan sebagai pelatih terbaik;
Membocorkan kertas-kertas soalan dan jawapan kepada sesiapa yang tidak berhak menerimanya;
Mengubah jadual latihan tanpa kebenaran Komandan Kem dan Ketua Jurulatih dan Kem Kom dan Ketua Jurulatih perlu segera memaklumkan kepada Penyelaras Program
HAL-HAL LAIN
a) Setiap jurulatih dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit masing-masing. Walau bagaimanapun, telefon bimbit hanya boleh digunakan
di luar waktu bertugas.
HUKUMAN KERANA MELANGGAR PERINTAH TETAP INI
a) Mana-mana Kem Komandan / Ketua Jurulatih / Jurulatih / Pembantu Jurulatih yang didapati melanggar Perintah Tetap ini boleh diambil tindakan
disiplin.