MCRC
MALAYSIAN CHALLENGE ROPES COURSE
MALAYSIAN CHALLENGE ROPES COURSE
MALAYSIA CHALLENGE ROPE COURSE (MCRC) ADALAH KURSUS YANG MEMFOKUSKAN AKTIVITI TALI TINGGI. TERDAPAT 4 TAHAP KURSUS YANG PERLU DITEMPUH OLEH PESERTA KURSUS. BERMULA DARI MCRC 1, 2, 3 SEHINGGA KE MASTER TRAINER. SUKATAN SILIBUS DAN RUBRIK YANG BERBEZA PADA SETIAP KURSUS DAN DIMULAKAN DENGAN PERINGKAT PENGENALAN SEHINGGA TEKNIK MENGAJAR DAN MENYELAMAT. KURSUS INI JUGA AKAN MELAHIRKAN JURULATIH YANG MAHIR DI DALAM AKTIVITI TALI TINGGI DAN IA JUGA SELARAS DENGAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN INDUSTRI REKREASI PADA MASA KINI.
PERSIJILAN "MALAYSIA CHALLENGE ROPES COURSE"
MCRC 1
Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada aktiviti tali tinggi. Berlangsung selama 4 hari 3 malam dan peserta yang lulus Outrec 2 serta penggiat industri tali tinggi layak ke kursus ini. Peserta perlu menjalani pengajaran asas teori dan praktikal. Peserta perlu menjalani ujian bertulis dan praktikal yang membawa markah sebanyak 70% untuk lulus dan markah 30% pula diambil dari penulisan buku log. Peserta yang lulus layak ke MCRC 2.
MCRC 2
Kursus ini merupakan kesinambungan dari MCRC 1. Berlangsung selama 5 hari 4 malam dan peserta yang lulus MCRC 1 layak ke kursus ini Ia lebih memfokus kepada kebolehan penyediaan dan pengelolaan di dalam pengoperasian aktiviti tali tinggi. Peserta akan didedahkan lebih kepada kemahiran praktikal. Peserta perlu menjalani ujian bertulis dan praktikal yang membawa markah sebanyak 65% untuk lulus dan markah 35% pula diambil dari penulisan buku log. Peserta yang lulus layak ke MCRC 3.
MCRC 3
Kursus ini merupakan kesinambungan dari MCRC 2. Berlangsung selama 5 hari 4 malam dan peserta yang lulus MCRC 2 layak ke kursus ini. Kursus pada peringkat ini lebih memfokus pada penyediaan, pemprosesan, pemasangan, pemerhatian, penilaian, ulasan dan penyampaian pembelajaran. Peserta perlu menjalani ujian bertulis yang membawa markah 40%, praktikal 30%, sahsiah dan kejurulatihan 20% serta penulisan buku log sebanyak 10%. Peserta perlu mempunyai markah lebih dari 65% untuk lulus dan diiktiraf sebagai Jurulatih Tali Tinggi.